Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Awam Negeri
Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran
Perpustakaan Khusus
Perpustakaan Akademik
Lain-lain

Program Galakan Membaca

Memupuk Minat Membaca Sejak Lahir

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan.

Cara memupuk minat membaca bagi bayi sejak dilahirkan:

  • Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi anda. Masa yang sesuai adalah selepas memandikan bayi di waktu pagi dan semasa waktu makan.
  • Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita.

ABAIKAN PEPATAH YANG MENGATAKAN ANDA HARUS MENUNGGU SEHINGGA BAYI ANDA BERSEDIA UNTUK MENGENAL PERKATAAN ATAU MEMBACA CERITA DAN RIMA.

Langkah-langkah bagi memupuk minat membaca:

Membaca kepada bayi anda.
Menggunakan rima dan permainan.
Bercakap dengan bayi anda.
Mengulangi bunyi yang dibuat oleh bayi.
Memberi galakan dan ganjaran kepada bayi untuk percubaan pertamanya.