|
Kajian
Kadar Literasi: Perbandingan Antarabangsa
Kadar literasi bagi Malaysia dan negara-negara
ASEAN lain mengikuti anggaran UNESCO diberi dalam jadual di
bawah. UNESCO memberi takrifan seseorang yang literat sebagai
seseorang yang, "can with understanding both read
and write a short simple statement on his everyday life"
(boleh membaca dan memahami serta menulis pernyataan mudah
mengenai kehidupan hariannya). Banci itu melibatkan penduduk
dari lingkungan umur 15 tahun ke atas.
 |
| Asas: Semua berumur 15 tahun dan ke
atas |
| Jadual:
Kadar literasi bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas,
1996 |
Di sini nampak jelas, bahawa UNESCO memberi
anggaran kadar literasi rakyat Malaysia terutamanya kadar
literasi perempuan adalah terlalu rendah. Pandangan ini tidak
dapat disangkal dengan memuaskan berasaskan perbandingan seperti
di bawah:
- Data UNESCO adalah bagi tahun 1995 dan
oleh itu, tidak boleh dibandingkan dengan data 1996. Walau
bagaimanapun, pertumbuhan tahunan kadar literasi mengikut
anggaran UNESCO bagi Malaysia adalah amat sedikit; kadarnya
bertambah dari 80.2 peratus dalam 1990 kepada 83.5 peratus
dalam tahun 1995, bermakna pertambahan hanya sebanyak 3.3
mata peratusan dalam jangka masa lima tahun. Oleh itu, anggara
UNESCO bagi tahun 1996 tidak melebihi 8.5 peratus, mungkin
84.2 peratus, jika menggunakan kadar pertumbuhan yang tekal.
Ini masih rendah daripada kajian 1996 ini.
- Takrifan literasi bagi UNESCO meliputi
kebolehan menulis sementara kajian 1996 ini menggunakan
data berasaskan pengalaman bersekolah dan oleh itu, tidak
boleh digunakan sebagai perbandingan. Jika melihat isu ini
dari perspektif konservatif sekalipun, boleh dianggap bahawa
mereka yang berumur 15 tahun dan ke atas yang telah mendapat
pendidikan formal sepatutnya pandai menulis "...pernyataan
yang mudah...".
Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah
bahawa angka-angka yang dianggarkan oleh UNESCO adalah lebih
rendah berbanding dengan keadaan sebenarnya. |