Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Awam Negeri
Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran
Perpustakaan Khusus
Perpustakaan Akademik
Lain-lain
pop up description layer

Kempen Membaca

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.

Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.



Kempen 2001

Kempen 2002

Kempen 2003

 
Kempen 2006 Kempen 2005 Kempen 2004

Tahun Slogan
1995 Mari Membaca Bersama
1996 Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997 Melangkah ke Era Siber: teruskan dengan membaca
Mendalami Ilmu Pengetahuan: teruskan dengan membaca
Menjelajahi Dunia Ilmu: teruskan dengan membaca
1998 Kalau dahulu saya amalkan membaca - anda masih belum terlambat…
1999 Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda
2000 Baca Amalan Ceria Anda: Masyarakat Berilmu Pemangkin K-Komuniti dan K-Ekonomi
2001 Membaca Merdekakan Minda
2002 baca@gaya hidup
2003 baca@gaya hidup
2004 Membaca Santapan Minda Sekeluarga
Bacalah Bersama Keluarga...
2005 Rajin Membaca Pasti Berjaya
2006 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Bahan-bahan Promosi Kempen Membaca Kebangsaan 2006

Klik untuk melihat gambar Klik untuk melihat gambar Klik untuk melihat gambar Klik untuk melihat gambar

* Klik sini untuk melihat bahan-bahan promosi Kempen Membaca 2005

Majlis Pelancaran

Majlis Pelancaran Bulan Membaca Kebangsaan 2001
Majlis Pelancaran Kempen Membaca Kebangsaan 2002
Majlis Pelancaran Karnival Bulan Membaca 2003
Majlis Pelancaran Bulan Membaca Kebangsaan dan Perasmian Sidang Kemuncak Pembacaan/Kongress Bercerita Kebangsan 2004
Majlis Pelancaran Bulan Membaca Kebangsaan 2005

Laporan Bulan Membaca Kebangsaan

Laporan Membaca Bulan Membaca Kebangsaan 2001
Laporan Membaca Bulan Membaca Kebangsaan 2002
Laporan Membaca Bulan Membaca Kebangsaan 2003
Laporan Membaca Bulan Membaca Kebangsaan 2004

Lagu dan Lirik

Bestari Bila Membaca
Semangat Membaca
Membaca Gaya Wawasan
Membaca Gaya Wawasan (minus one)
Amalan Membaca
Rajin Membaca Pasti Berjaya
Budaya Membaca (Nota Lagu)