| 1. |
Panduan Membudayakan Membaca Bersama Keluarga: Mutiara Kata Membaca |
| |
 |
| Sila klik pada gambar di atas untuk memuat turun buku dalam bentuk PDF. |
ISBN 967-931-190-2 |
| |
|
| 2. |
Bacaan Kegemaran Saya: Program
Perintis |
| |
 |
| Sila klik pada
gambar di atas untuk memuat turun Bacaan Kegemaran
Saya dalam bentuk PDF. |
Terbit hasil daripada program Bacaan Kegemaran Saya yang dilaksanakan sempena sambutan Kempen Membaca pada tahun 2000 sebagai projek perintis. Program Bacaan Kegemaran Saya telah dirakamkan dalam bentuk audio dan video yang memuatkan ulasan persembahan bacaan kegemaran 27 orang peserta dengan mengambilkira aspek-aspek berikut:-
- Dari mana bahan bacaan diperolehi
- Tema dan jalan cerita
- Sebab-sebab buku digemari
- Manfaat dan kesan
|
| |
|
| 3. |
Judul Terpilih Buku Kanak-kanak |
| |
 |
| Sila klik pada
gambar di atas untuk memuat turun Judul Terpilih
Buku Kanak-kanak dalam bentuk PDF. |
Judul Terpilih Buku Kanak-kanak menghimpunkan judul-judul
buku kanak-kanak yang diterbitkan di Malaysia dari tahun
2003 hingga 2004 berdasarkan koleksi yang terdapat di
Perpustakaan Negara. Buku ini memuatkan 157 judul buku
bersiri yang disusun mengikut abjad berdasarkan nama
pengarang; amat sesuai dijadikan bahan bacaan kanak-kanak.
ISBN 967-931-172-4 |
| |
|
| 4. |
Bibliografi Kanak-kanak
Beranotasi |
| |
 |
| Sila klik pada
gambar di atas untuk memuat turun Bibliografi Kanak-kanak
Beranotasi dalam bentuk PDF. |
Bibliografi kanak-kanak Beranotasi merupakan satu sumber
rujukan yang amat berguna terutamanya kepada para ibu
bapa, guru, penyelidik pustakawan dan orang awam yang
ingin mencari bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak
atau pun membuat kajian dalam bidang berkaitan. Bibliografi
ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan bagi memilih
bahan bacaan untuk perpustakaan di rumah, Pusat Sumber
Sekolah atau Perpustakaan Komuniti.
ISBN 967-931-144-9 |
| |
|
| 5. |
Garis Panduan Program Literasi
Berasaskan Perpustakaan : Beberapa Cadangan Praktikal |
| |
 |
| Sila klik pada
gambar di atas untuk memuat turun buku ini dalam
bentuk PDF. |
Garis Panduan Program Literasi Berasaskan Perpustakaan
: Beberapa Cadangan Praktikal merupakan terjemahan dari
Guidelines for Library- Based Literacy Programs : Some
Practical Suggestions yang diterbitkan oleh International
Federation of Library Associations and Institutions (IFLA)
di bawah seksyen pembacaan. Garis Panduan ini sesuai dijadikan
rujukan kepada Perpustakaan yang sentiasa berusaha mewujudkan
masyarakat yang gemar membaca dengan mengadakan pelbagai
program bagi meningkatkan tahap literasi negara.
ISBN 967-931-143-0 |
| |
|
| 6. |
Laporan Bulan Membaca Kebangsaan |
| |
 |
| Sila klik pada
gambar di atas untuk memuat turun buku ini dalam
bentuk PDF. |
Laporan Bulan Membaca Kebangsaan memuatkan pelaksanaan
sambutan Bulan Membaca Kebangsaan oleh Perpustakaan Negara
Malaysia, Perpustakaan Jabatan, Institusi Pengajian Tinggi
dan Sekolah. Bermula dari tahun 1995, sambutan Bulan Membaca
telah dijadikan agenda rasmi tahunan dengan pelbagai aktiviti
berkaitan dengan pembacaan dan ilmu yang dilaksanakan
di seluruh negara sebagai usaha memupuk minat membaca
di kalangan masyarakat Malaysia.
ISSN 1675-7874 |
| |
|
| 7. |
Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 |
| |
Buku yang diterbitkan dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris ini mengutarakan beberapa dapatan dan isu serta perancangan strategi untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Maklumat yang terkandung dalam Profil merangkumi:
- Minat dan tabiat memabca rakyat Malaysia
- Kadar celik huruf rakyat Malaysia
- Faktor kenapa rakyat Malaysia kurang membaca
- Jantina yang rajin membaca
- Peratis rakyat Malaysia yang mempunyai komputer di rumah
- Golongan yang kerap mengunjungi perpustakaan
- Keupayaan kanak-kanak membaca seawal usia dua tahun
ISBN: 967-931-083-3
| Harga |
Malaysia dan Singapura |
RM 40.00 |
| |
Luar Negara |
US $40.00 |
|